Monday, September 15, 2014

Bersama Ust Syaari & Saiful Nang di Istanbul

Bismillah
Alhamdulillah telah selesai pengembaraan menjejak kerajaan Uthmaniah selama 5 hari di Istanbul. Pengembaraan yang lebih tertumpu bagaimana Sultan Al Fatih berjaya melaksanakan hadis Rasulullah SAW yang bersabda bahawa Kota Konstatinople akan dibuka oleh Pemimpin sebaik pemimpin & Tentera sebaik2 tentera. 

Ibrah Ust Syaari
Selama ini hanya mendengar segmen ibrah di Ikim.fm oleh Ust Syaari tetapi alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk mendengar secara langsung syarahan Ust Syaari saya aku kira memang sangat mantap. Walaupun sudah 9 bulan aku di bumi Uthmaniah tetapi banyak perkara yang aku masih tidak ketahui lagi. Cara Ust Syaari mengolah setiap perinci kejadian dari zaman kanak-kanak Sultan Fatih sehinggalah kejayaan beliau menakluk Kota Konstatinople sangat memberikan semangat kepada aku yang mendengarnya. Antara kata-katanya yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku ialah "Apabila ke Istanbul kita kenalah jadi pengembara muslim, bezakan kita dengan pengembara non-muslim. Apabila kita sampai di sesuatu masjid (tinggalan sejarah kerajaan yang hebat) adakah kita akan 'selfie' dahulu atau kita akan berfikir sejenak adakah kita termasuk orang-orang meninggikan syiar Islam di muka bumi Allah ini"

Saiful Nang
Saiful selaku fotografer rasmi kembara kali ini dijemput khas oleh Young Khalifah untuk sama-sama menikmati pengembaraan ini. Antara perkara yang paling berharga dalam pengembaraan ini adalah Saiful Nang beberapa kali sudi memberi perkongsian bagaimana mencorak anak-anak pada masa kini. Beliau yang juga pengasas kepada Rumah Anak Yatim Prihatin telah berpengalaman menguruskan anak yatim selama 10 tahun. Walaupun beliau bukan seorang ustaz tetapi banyak tip-tip yang beliau kongsikan dirujuk dari Alquran & Assunnah.

Peserta paling ramai !!
Seramai 61 orang peserta termasuk 2 orang bayi menyertai pengembaraan kali ini. Bukan lah mudah untuk menjaga peserta seramai ini kerana sebelum ini paling ramai aku pernah bawa hanyalah 37 orang. Walaupun tugas aku pada pengembaraan kali ini hanya sebagai pembantu tetapi aku bersyukur diberi peluang kerana dapat mendengar input-input yang sangat berharga dari ust Syaari. 

Doa
Doakan aku untuk lebih baik dalam penyampaian ku. Inilah jihad kecilku bersama kawan-kawan ku di Jejak Uthmaniyyah untuk meninggikan syiar Islam. Datanglah ke Istanbul dengan niat untuk menjejaki zaman kegemilangan Islam bukan sekadar untuk melihat kecantikan Turki. Aku sedar ramai yang tidak berminat dengan sejarah, tetapi percayalah, untuk mendidik anak-anak kita iaitu generasi pada masa depan kita perlu mengetahu sejarah agar kita tidak silap langkah dalam membuat percaturan. Melihat suasana pada masa kini di mana masyarakat kita cenderung ke arah hiburan yang melampau, mengidolakan artis melebihi Nabi Muhammad, perlu kita bekerja dengan lebih keras mengingatkan mereka bahawa masyarakat yang leka dengan dunia akan dibaham oleh musuh-musuh Islam bagaikan serigala merobek sang arnab yang leka bermain.







Sunday, September 14, 2014

Jom jalan2 Turki naik basikal

Bismillah
Aku meminta maaf kepada diri aku sendiri kerana gagal dalam mendisplinkan diri untuk menulis di dalam blog ini. Sejak aku menetap di Istanbul hampir 9 bulan ini, Alhamdulillah tak putus2 rakyat Malaysia yang mahu menggunakan khidmat aku sebagai 'pemudah cara' apabila mereka bercuti di Istanbul.

Hampir sebulan setengah aku pulang bercuti ke kampung halaman, Jalan Kebun Shah Alam. Bermula dari puasa ke 4 sehinggalah raya ke 13. Rasa tidak puas bersama keluarga terutamanya isteri & anak sulung ku Umar Khaleef. Tetapi apa kan daya aku perlu kembali ke Istanbul kerana tiket sudah dibeli.  Agak lama aku hanya duduk dirumah kerana pada waktu ini (syawal) tiada pengunjung dari Malaysia yang bercuti ke Istanbul. Jika ada pun hanya pelajar-pelajar yang belajar di Amerika Syarikat transit di Istanbul untuk 2,3 hari. Aku membawa mereka mengelilingi Istanbul sambil mengenalkan mereka serba sedikit dengan tinggalan sejarah Uthmaniyyah.

Alhamdulillah berjaya beli sebuah basikal. Walaupun pengangkutan awam di sini sangat memudahkan urusan aku memilih untuk berbasikal ke mana- mana selepas ini. Selepas 3 hari aku beli basikal aku dah mula menjelajah ke Mudanya & Bursa yang terletak 230km dari Istanbul. Natijahnya aku terpaksa berpatah balik walaupun Bursa hanya 12km sahaja lagi.

Kerana apa aku berpatah balik ?

Kerana secara mental & fizikalnya aku sudah tidak mampu meneruskan penjelajahan ini. Kebiasaannya apabila ingin melakukan sesuatu ekspedisi seperti ini memerlukan sekurang kurangnya 2 minggu hingga sebulan melakukan latihan kekuatan stamina. Tetapi aku hanya 3 hari dah berangan nak mejelajah sejauh itu ! Rasakan ! 

Insyaallah akan kembali mengayuh ke beberapa tempat di Turi yang menarik. Buat masa sekarang aku akan berlatih mengayuh setiap hari agar boleh mencari stamina yang tinggi memandangkan bentuk muka bumi Turki ini berbukit bukau bergunung ganang !













M

Saturday, May 3, 2014

Tudung turki cotton bidang 55' borong















Tudung & Jubah Turki borong
























Salam, jika anda berminat untuk membeli tudung atau jubah turki secara borong saya sedia memberikan membantu anda. Saya kini menetap di Istanbul, Turki. Saya berasal dari Shah Alam, Selangor. Saya juga menjual tudung & jubah turki secara retail di page facebook kami 'little turkey boutique'. Jika berminat boleh hubungi saya (whatsapp) +905512586281 ataupun isteri saya di no 013-6408580. :)

Saturday, December 7, 2013

Bismillahirrahmannirrahim..

07 Disember 2013, Sabtu.

Alhamdulillah..
Setelah hampir 12 jam perjalanan menaiki MASairline, aku , isteri & baby selamat tiba di Istanbul.
Sebaik sampai aku terus beli simkad Turki (Avea) untuk menghubungi Emad iaitu orang yang bertanggungjawab menguruskan migrasi aku ke Turki.

Emad menyarankan kami untuk tinggal di rumahnya sehingga hari Isnin memandangkan rumah yang bakal aku & keluarga aku diami itu masih belum dibersihkan. 

Sebaik sampai di rumah Emad di Fatih, perkara pertama yang dicari ialah khidmat internet. Penting untuk memberi khabar kepada keluarga di Malaysia terutamanya mak yang risaukan kami. (orang sayang mak sangat !! ). 

Insyaallah esok kami akan dibawa ke rumah baru kami di Fatih Istanbul :D

Insyaallah jumpa lagi :
Assalamualaikum

Fatih, Istanbul
4:48am