Sunday, September 14, 2014

Jom jalan2 Turki naik basikal

Bismillah
Aku meminta maaf kepada diri aku sendiri kerana gagal dalam mendisplinkan diri untuk menulis di dalam blog ini. Sejak aku menetap di Istanbul hampir 9 bulan ini, Alhamdulillah tak putus2 rakyat Malaysia yang mahu menggunakan khidmat aku sebagai 'pemudah cara' apabila mereka bercuti di Istanbul.

Hampir sebulan setengah aku pulang bercuti ke kampung halaman, Jalan Kebun Shah Alam. Bermula dari puasa ke 4 sehinggalah raya ke 13. Rasa tidak puas bersama keluarga terutamanya isteri & anak sulung ku Umar Khaleef. Tetapi apa kan daya aku perlu kembali ke Istanbul kerana tiket sudah dibeli.  Agak lama aku hanya duduk dirumah kerana pada waktu ini (syawal) tiada pengunjung dari Malaysia yang bercuti ke Istanbul. Jika ada pun hanya pelajar-pelajar yang belajar di Amerika Syarikat transit di Istanbul untuk 2,3 hari. Aku membawa mereka mengelilingi Istanbul sambil mengenalkan mereka serba sedikit dengan tinggalan sejarah Uthmaniyyah.

Alhamdulillah berjaya beli sebuah basikal. Walaupun pengangkutan awam di sini sangat memudahkan urusan aku memilih untuk berbasikal ke mana- mana selepas ini. Selepas 3 hari aku beli basikal aku dah mula menjelajah ke Mudanya & Bursa yang terletak 230km dari Istanbul. Natijahnya aku terpaksa berpatah balik walaupun Bursa hanya 12km sahaja lagi.

Kerana apa aku berpatah balik ?

Kerana secara mental & fizikalnya aku sudah tidak mampu meneruskan penjelajahan ini. Kebiasaannya apabila ingin melakukan sesuatu ekspedisi seperti ini memerlukan sekurang kurangnya 2 minggu hingga sebulan melakukan latihan kekuatan stamina. Tetapi aku hanya 3 hari dah berangan nak mejelajah sejauh itu ! Rasakan ! 

Insyaallah akan kembali mengayuh ke beberapa tempat di Turi yang menarik. Buat masa sekarang aku akan berlatih mengayuh setiap hari agar boleh mencari stamina yang tinggi memandangkan bentuk muka bumi Turki ini berbukit bukau bergunung ganang !













M

No comments:

Post a Comment